TRIP TO CAMERON HIGLAND-day 2
Kami bangun awal untuk mulakan pengembaraan seterusnyaa.. first kita cari makan dulu. Nova Hotel includes breakfast for two. Not bad dia punya makanan, tapi tengok review ramai yang cakap copthorne hotel punya breakfast sedap.
kat sini ada nasi goreng, kari ayam, nugget, beef slice, salad, roti, mi kari omelet, roti and jem dan bubur nasi.
Next kami bergerak ke Cameron Lavender. Xsabar nak masuk sebab dari luar dah nampak color purple2. Selepas bayar fee sebanyak rm5 untuk adult, kami pun masuk. Seronok sebab tak ramai orang pun lagi. Tingkat bawah ada bunga lavender. Kat tingkat atas pun ada. Boleh naik ke atas, ada jual aiskrim lavender, aiskrim yogurt. Kitorang pilih aiskrim yogurt rm 8 memang best, atas aiskrim yogurt, bawah dia letak strawberry. Tingkat atas ada tanam bunga cantik2. Kalua nak, boleh. Gunting and bayar rm2 sekuntum. Ada jugak tempat untuk bergambar macam sayap rama2 macam kat bawah ni.
Next kita keluar and ambik gambar kat luar.
For lunch, kita pergi cari makan dekat Nasi Lemak Strawberry Abang yang masuk dalam vitdaily tu. Padu bebb. Kitaorang order nasi lemak abang and air berry sangat fresh rasa dia. Sedap sangat2. Total harga rm 28 not bad la. Ingat nak makan western tapi takde sebelum pukul 3.
Lepas makan, kitorang pergi tengok ladang strawberry kat belakang Nasi Lemak Strawbery Abang ni. Boleh petik and timbang strawberry kat cni kalau teringin nak petik strawberry sendiri. Dia ada jugak jual sambal strawberry ikan masin, cordial strawberry,dan jem. Harga cordial 19.90 and harga sambal rm 17.90.
Next kami pergi ke Ladang Teh Bharat yang tepi jalan tu. Korang wajib order scone for two kat sini. Memang best makan dengan butter, whipped cream and jem strawberry. Minum teh lemon. Kami ambik tempat dekat sudut ni.
Memang cantik sangat pemandangan. Lepas makan scone, kami turun ke bawah untuk ambik gambar. Boleh trun kat tangga ni tapi kami tak turun pun sebab ambik gambar kat atas ni pun view cantik (plus malas nak turun sebenarnya) 😛
Lepastu, ingat kan husband dah penat and nak balik tapi dia kata alang2 dah kluar, baik kita singgah lagi satu Ladang Teh Boh. Ni terletak dekat Sg. Palas. Ya Allah jalan untuk sampai tu, tolong sediakan beg muntah ya. Sebab jalan dia betul2 macam ular kena palu. Yang gigih dan kuat semangat je boleh sampai ke tempat tu. Jaraknya dalam 1.6km je dari jalan besar tapi terasa jauh betul.
Alhamdulillah sampai. Rupanya kita kena daki jalan sikit untuk sampai ke sana untuk minum teh.
Boleh borong teh boh dekat cni. Sebab kalau kat tempat lain, lebih mahal sikit untu teh keluaran boh. View dekat cni boleh tahan tapi kita xboleh turun untuk ambik gambar. Just ambik gambar dari atas and sambil2 nak turun semula ni bolehla bergambar.
Alhamdulillah for today. Nak balik rest duluu..